Sign In

Skim Co-Matching: Geran baru untuk membantu mengembangkan perniagaan tempatan


 
Rate this

Oleh Darussalam Enterprise (DARe)

 

Geran 'Co-matching' adalah skim inisiatif yang baru diperkenalkan oleh Darussalam Enterprise (DARe) pada 15 Jun 2019. Ianya bertujuan untuk menyediakan pemadanan pembiayaan bersama dengan tanggungan penerima sebanyak 30% daripada jumlah keseluruhan, dimana DARe akan membiayai 70% daripada jumlah baki tersebut.


Apakah dia geran 'co-matching'?

 

  • Di bawah skim ini, perniagaan akan melakukan pelaburan sebanyak 30 peratus daripada jumlah kos projek, manakala DARe akan membiayai 70 peratus daripada jumlah kos untuk maksimum BND20,000.
  • Geran pemadanan DARe dipisahkan kepada dua kategori:

    • 'Memulakan'
      • Perniagaan yang didaftarkan kurang dari 12 bulan
      • Kategori ini disasarkan untuk membantu peniaga baru untuk lebih inovatif (iaitu mendapatkan pensijilan, peralatan atau memasarkan perniagaan mereka)
      • Permohonan yang berjaya akan menerima pembiayaan sehingga BND10,000 sahaja
      • Permohonan yang berjaya adalah DIMESTIKAN untuk mengikuti program pembangunan kapasiti DARe iaitu sama ada Accelerate Bootcamp ataupun Micro Bootcamp.
    • 'Mengembangkan'
      • Kategori ini disasarkan kepada perniagaan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat seterusnya sama ada untuk meningkatkan jualan, memperluaskan rangkaian produk atau perkhidmatan mereka, ataupun yang ingin mengembangkan perniagaan mereka di peringkat antarabangsa (iaitu penerimaan teknologi dan perisian, peralatan, pemasaran dan perkhidmatan perundingan untuk pensijilan yang diakreditasi)
      • Permohonan yang berjaya akan menerima pembiayaan sehingga BND20,000 sahaja

 Setiap pemohon adalah dimestikan mendaftar dan/atau mengemas kini maklumat perniagaan mereka dengan 'Business Reporting Portal' di sini.

 

Mengapakah inisiatif ini diperkenalkan?


  • Untuk menggalakkan dan membantu dalam memulakan peniaga baru yang inovatif.
  • Memudahkan pertumbuhan PMKS dan peniaga koperasi yang berpotensi dengan meningkatkan pendapatan mereka serta menggalakkan aktiviti eksport dalam masa yang terdekat.
  • Untuk meningkatkan produktiviti PMKS tempatan di Negara Brunei Darussalam.

Bagaimanakah tatacara permohonan geran 'co-matching'?




1.       Mengisi borang serta menyediakan semua dokumen yang diperlukan.

Muat turun borang permohonan di sini.

Dokumen-dokumen yang diperlukan seperti:

  • Kad Pengenalan (untuk pemegang saham / pemilik) sahaja
  • Sijil Pendaftaran / Penubuhan
  • Profil Firma / Syarikat
  • Sijil Pemegang Saham
  • Notis Situasi / Alamat Berdaftar
  • Borang X terkini (hanya untuk perniagaan yang berdaftar sebagai Sdn Bhd)
  • Memorandum Persatuan (hanya untuk perniagaan yang berdaftar sebagai Sdn Bhd).
  • Artikel Persatuan (hanya untuk perniagaan yang berdaftar sebagai Sdn Bhd).
  • Dokumen kewangan termasuk Penyata Untung & Rugi (Profit & Loss), Penyata Imbangan (Balance Sheet) dan Penyata Aliran Tunai (Cash Flow Statement) dari 3 tahun kebelakangan.
  • Unjuran Kewangan perniagaan untuk 3 tahun akan datang (bagi kategori Memulakan) dan 5 tahun (untuk kategori Mengembangkan).
  • Ringkasan Eksekutif dan Pelan Perniagaan (sila rujuk Garispanduan Pelan Perniagaan di sini).

* Untuk memuat turun templat pelan perniagaan, sila dapatkan di pautan ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program yang menawarkan cara untuk menghasilkan pelan perniagaan yang berkesan, klik di sini.

 

2.       Menghantar permohonan.

Hantar permohonan secara online dan lampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan melalui e-mel di financing@dare.gov.bn atau hantar secara manual ke Business Support Centre di Bangunan D&T (Design & Technology), di Taman Teknologi Anggerek Desa.

Permohonan akan diluluskan selama 2 bulan dari tarikh permohonan dihantar, tergantung kepada kerumitan proses tersebut.


3.       Permohonan akan diteliti dan dinilai oleh DARe.

DARe akan meneliti setiap permohonan untuk menyemak sebarang kekurangan sesuai dengan persyaratan di bawah kelayakan.

Pemohon dijangka memenuhi sepenuhnya kriteria kelayakan dan penilaian. Pemohon juga dijangka memberikan dokumentasi yang lengkap. Semasa proses permohonan, pemohon juga akan dipanggil untuk temuduga.

Untuk memenuhi skim ini, perniagaan/syarikat perlu memenuhi kelayakan seperti berikut: -

  • Pemohon mestilah berada di dalam kategori perusahaan mikro, kecil atau sederhana (iaitu mempunyai kurang daripada 100 pekerja)
  • Syarikat/perniagaan tersebut mestilah berdaftar dan berpangkalan/sedang dijalankan di Negara Brunei Darussalam (100% perniagaan milik tempatan oleh Warganegara atau Penduduk Tetap).
  • Dapat menanggung 30% daripada jumlah kos projek, dimana adalah kelebihan jika pemohon tersebut sudah mempunyai jumlah pelaburan yang tersedia.
  • Syarikat/Perniagaan haruslah mengamalkan Simpan Kira (Bookkeeping) yang betul, dan dapat memberikan rekod kewangan yang sesuai.
  • Syarikat/Perniagaan akan melalui penilaian dalaman yang berstruktur oleh jabatan-jabatan yang berkaitan di DARe.
  • Projek/aktiviti yang dibiayai oleh skim ini akan diselesaikan dalam tempoh dua belas (12) bulan.

Maklumat lanjut tentang garispanduan kelayakan boleh didapati di sini.

 

4.       Pemohon yang lulus pemeriksaan kelayakan akan dinilai lebih lanjut oleh Jawatankuasa Pembiayaan PMKS.

Selanjutnya, DARe akan mengkaji semula permohonan berdasarkan kriteria berikut:

  • Merit Komersil
  • Kompetensi Pasukan
  • Merit Inovasi

Maklumat lanjut tentang kriteria penilaian boleh didapati di sini.

 

5.       Skim diluluskan

Setelah pengesahan permohonan, penerima akan menandatangani perjanjian Terma dan Syarat serta beberapa langkah penting yang ditetapkan untuk dipenuhi bagi pengeluaran pembiayaan tersebut.

Sebelum pembiayaan disalurkan, pemohon juga perlu mengemukakan sebutharga (quotations) atau invois bagi produk dan perkhidmatan yang mereka hadapkan.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenis perbelanjaan yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai geran co-matching, sila layari www.dare.gov.bn atau emel ke financing@dare.gov.bn atau melalui talian +673 2384830/ +673 836 3442

Muat turun salinan taklimat di sini.

Untuk mencari artikel atau siaran akhbar yang berkaitan, sila klik di sini.